Thursday, July 30, 2009

Memori di Bulan Ramadhan al-Mubarrak



Nostalgia Ramadhan 2008

Bismillahirahmanirrahim.

Bulan yang mulia akan muncul lagi iaitu Ramadhan al-Mubarrak. Dalam hatiku berbisik, "Apa ye persediaan bagi menyambut Ramadhan kali ni ye?" IBU pula asyik sibuk tanya dah beli baju raya ke belum? Setiap selang dua atau tiga hari, soalan yang sama ada ditanya. Yang paling melucukan ialah soalan yang ditanya sejak awal tahun lagi, "Minggu depan puasa ye?" Jawapan ku senang saja, " Ya, IBU". kadangkala siap tanya esok nak sahur apa? Silap hari bulan Ibu tak nak tidur di bilik tapi di ruang tamu, katanya takut tak terjaga untuk sahur. Ha.. padan mukaku, kena pujuk IBU pula. Terpaksa buat janji palsu lak, janji aku akan bangun untuk masak sahur, tapi dalam hati memang bangun tapi untuk buat sarapan pagi 6.30 pagi esok, he he.... Esok, IBUku pasti lupa dengan soalan dan jawapan yang telah ku beri semalam. Itulah yang berlaku saban hari melayan IBU yang mengidap penyakit pelupa. Dalam hatiku, inilah IBU yang akan bangun pagi untuk masak sahur ketika kami kecil dahulu. Sekarang tugas tu telah beralih kepada kami adik beradik.

Teringat Ramadhan yang lepas, IBUku sama seperti kami ketika kecil dulu, kalau nak sahur ayah atau ibu akan pujuk supaya makan sebab esok puasa. Sekarang, giliran kami pula untuk pujuknya untuk sahur. Kadang-kadang siap dengan lakonan mengantuknya di atas meja sebab tak mahu makan sahur. Nak tergelak kami dibuatnya. Adakalanya lakonan yang paling hebat, IBU akan buat sakit gigi, walhal IBU memakai gigi palsu je pun. Kami pun sibuklah fikir, hai esok nak kena jumpa doktor gigi ni (he doktor gigi palsu ) sama ada gigi tu dah tak sesuai kot. Yang syoknya, buka esoknya elok pulak gigi IBUku... hai IBU.

Itu bab sahur. Kalau bab puasa siang hari lagi best. Tahun lepas pembantu rumah lari, katanya, "ibok, saya mau balik sekejap saje. Kangen (rindu) dengan keluarga di Indon" pujuk punya pujuk, bagi balik bercuti tapi rupanya balik cabut lariiiii...hai nasib nak kata macam mana. nasi dah jadi bubur. Maka berpuasa tanpa ada pembantu rumah, maka jadilah aku pembantu rumah terhormat. Waktu tu memang kelam kabut sebab selama ni banyak bergantung pada 'maid'.

Dulu ada pembantu rumah kalau kami kerja, boleh tolong tengok-tengokkan puasa mak. Tahun lepas tak ada, memang susah sebab tak ada orang nak tengokkan IBU di rumah. Aku dan adik betul-betul tawakal. Hari pertama dan kedua aku dan adik berasa hairan, IBU segar je setiap kali adik balik kerja (adik balik 4 petang). Sedangkan kami yang muda pun, melepet kalau lepas balik kerja sebab puasa.

Siasat-siasat punya siasat, rupa-rupanya lepas tengah hari aku pergi kerja, rupa-rupanya IBUku cari makanan di dapur. Siap bancuh air manis lagi. Hai Kami adik beradik pakat beristighfar je. Jika ditanya, memang tak akan IBUku mengaku. Tak leh nak buat apa-apa sebab dalam Islam, orang yang paling bertuah ketika bulan Ramadhan ialah orang yang mempunyai penyakit pelupa. BONUS! Walau ramai yang berpendapat, "Alah tak pe, Mak cik dah tak wajib untuk puasa." Bagi kami, selagi bernyawa di bumi Allah ni kewajipan tetep wajib, sedangkan IBUku bukan sakit tak boleh puasa, hanya sakit lupa. Oleh itu tindakan seterusnya perlu difikirkan untuk mengatasi masalah ni.

Akhirnya, aku terpaksa menampal notis 24 jam dimerata-rata dalam rumah dengan ayat "IBU, HARI INI PUASA, JANGAN CURI MAKAN!" siap dengan gambar katak tolong tengokkan IBU. Notis tu memang jadi bahan gelak apabila cucunya balik hujung minggu tapi memang berkesan. Siaplak cucu cakap, "Nenek, dah tua-tua tak puasa". Budak tak cukup umar memang suka hati dia je kalau nak bercakap tapi IBUku memang sporting betul. IBU ku akan hanya senyum saja apabila cucunya mengusiknya.

Dalam hati ku, ini bahagian IBUku. Allah swt kurniakan sakit lupa pada ibuku. Apa pulak dugaan yang Allah swt akan beri bagi kami apabila kami tua nanti sebagai dugaan. Sesungguhnya, memang IBUku eolah-olah kanak-kanak yang tidak berdosa. Dunianya ialah duduk berehat, mengaji, tidur, solat dan makan. Tiada lagi dunia umpatan atau nak mengata orang. Baginya orang dikelilingnya semua baik belaka. Sesungguhnya IBUku ialah orang yang paling bahagia dan beruntung di dunia ini.

No comments:

Post a Comment