Saturday, July 25, 2009

Kegembiraanku!



Assalamualaikum! Tika kaki ku menjejaki Universiti, diri merasakan berat sekali bebannya. Persoalan yang sering timbul, "Adakah mampu aku menghabiskan pengajian ku?" maklum, umur klasik. Manakala melihat classmate muda-muda belaka. Sudah tentu otak mereka lebih genius dari aku. Mampukah aku bersaing dengan mereka? Setelah satu semesta aku berada di sini, baru aku tahu. Belajar di Universiti bukan bergantung pada usia. Bukan sapa lebih muda @ sapa sijil lebih baik tetapi kemahuan hendak belajar. Semester pertama adalah ujian getir buatku. Namun aku tidak patah semangat dan putus asa. Akhir PNGK yang aku perolehi agak membanggakan dengan mendapat 3 point lebih (tak yah sebut malu) walaupun tidak melayakkan aku mendapat anugerah Dekan yang menjadi idaman semua pelajar. Semerter kedua aku masih gagal memperbaiki PNGK tapi aku tetap tidak putus asa. Aku tekatkan semangatku pada next sem. Alhamdulillah, tidak sia-sia usahaku sepanjang aku berada di Universiti aku berjaya mendapat tiga kali anugerah dekan dan yang paling membanggakan ialah result final exam memang cukup membanggakan kerana aku mendapat 3.97 walaupun tidak melayakkan aku mendapat first class kerana result awal aku tidak mengizinkan. Aku memang berbangga kerana dapat belajar di universiti ni iaitu UKM. Kenyataannya, tenaga pengajarnya memang terbaik bagiku. TERIMA KASIH SEMUA KERANA SUDI MENURUNKAN ILMUMU TERHADAP DIRI INI YANG TELAH DIUMUR KLASIK. JASA KALIAN AKAN KU KENANG. Akan ku teruskan perjuangan hidup ini dengan lebih bermakna!
Kenyataannya, kegembiraan ini, aku kongsikan bersama ahli keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan di universiti mahu pun di sekolah. Perubahan yang dapat aku rasakan ialah minda yang semakin terbuka mungkin kerana ilmu yang juga semakin bertambah. Pada dasarnya memang tidak kelihatan perubahan tersebut tetapi setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan yang merumitkan, minda ku tidak begitu berserabut kerana pengalaman belajar dicampur dengan pengalaman mengajar menjadikan aku lebih tabah. Aku faham, dugaan dalam pendidikan akan lebih mencabar sehingga adakalanya tidak tertanggung. Teman, doakan aku akan terus bertahan dengan bidang yang telah 15 tahun aku ceburi ni. Aminnn...
Untuk teman seperjuangan, Teruskanlah perjuangan anda kerana tiada perkara yang mudah di dalam dunia ni kecuali tidur dan makan. (Itu pun jika tiada penyakit tak boleh tidur) Sesungguhnya orang yang sentiasa bersabar akan mendapat apa yang diingini dan tahu apa yang hendak dicapai dalam hidupnya. Yang penting ikhlas dan amanah ketika menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment